Nasyid

Friday, March 30, 2012

Membentuk Individu Hebat


Membentuk individu hebat merupakan langkah pertama bagi menegakkan khilafah. Iya, saya akui bahawa hanya dengan mengucap syahadah dan berjihad sehingga syahid, kita masuk syurga free. Itu benar. Tapi, pada masa yang sama, mampukah individu yang tidak hebat untuk melakukan aksi berani seperti itu?

Maksud saya, mampukah orang yang lalai hatinya dengan duniawi, dan lemah jiwanya dengan maksiat untuk tampil merempuh ketakutan, lapar, kesakitan dan maut di jalan Allah?

Sudah tentu tidak mampu, Islam itu besar, hanya mampu didokong oleh insan-insan yang berjiwa besar dan kuat. Hal ini memelukan kepada tarbiyah iman.

Cuba kita renungkan kisah peperangan mujahid Ikhwanul Muslimin dengan tentera Israel, Ikhwan telah memilih mujahid terbaiknya untuk berjihad, dan kesemua yang dihantar untuk berjihad itu tiada seorang pun yang menyerah diri, tiada seorang pun yang tertawan, sebaliknya semuanya syahid.

Hal ini membuatkan ketua tentera Israel kagum dengan kehebatan tentera Ikhwan, lalu dia berkata, andai dia diberikan tentera yang mantap seperti tentera Ikhwan nescaya dia akan menakluki dunia ini.

Oleh itu, kita dapat berlajar dari kisah ini mengenai peri-pentingnya tarbiyah iman dan pembentukan individu muslim. Pembentukan jiwa dan rohani yang kuat. Ini juga termasuk dalam I'dad yang penting. Bahkan menjadi sumber primer kekuatan untuk jihad.

Umar Mukhtar dan tenteranya tidaklah memiliki kekuatan yang besar untuk berjihad, tapi apa yang mendorong mereka agar berani berjihad? sedangkan menyerah diri itu lebih selamat. Mengapa umar lebih memilih jihad berbanding kesenangan?

Semua ini ialah kerana keimanan dan kehebatan jiwanya.

Oleh itu, kita mestilah menjadikan diri kita sebagai indvidu yang hebat dan mantap rohani jiwanya.

Tentera Solahuddin Ayyubi merupakan tentera yang bukan sekadar tidak tinggal tahajjud, malah hebat dan mahir bermain pedang. Mereka hebat juga dari segi stratergi perang, mahir berperang dan hebat dari pelbagai segi.

Oleh itu, kita mestilah menjadikan diri kita sebagai individu yang hebat dari segi rohaninya dan menjadikan diri kita sebagai individu yang hebat dari pelbagai segi.

No comments:

Post a Comment