Nasyid

Monday, December 26, 2011

Semua Manusia Berjihad? Siapa Orang Yang Berjihad?


Orang Yang Berjihad Ialah Orang Yang Berperang Fisabilillah

Apa yang tersebar luas di kalangan masyarakat kita ialah, manusia rata-rata mengatakan bahawa “jihad itu maksudnya bersungguh-sungguh, siapa saja yang bersungguh-sungguh maka dia berjihad, tidak kira di medan apa pun dia bersungguh-sungguh, bahkan orang kafir juga berjihad (bersungguh-sungguh) dalam perniagaan dan pekerjaan untuk mendapatkan wang, jihad bukan hanya perang”

Impak dari fahaman yang salah ini ialah, manusia memahami bahawa tiada beza antara orang yang berperang fisabilillah dengan orang yang tidak berperang, kerana orang yang tidak berperang juga mujahid. Fahaman ini salah menurut kitabullah.. Walhal apa yang diterangkan oleh Allah, ada beza antara orang yang berperang dengan orang yang tidak, orang yang berperang, mereka disebut sebagai mujahidin (orang yang berjihad), manakala orang yang tidak berperang, mereka disebut sebagai qo’idin (orang yang duduk-duduk). Hal ini terdapat dalam surah An Nisaa.

Orang yang tidak menyertai perang dalam Quran hanyalah orang-orang munafiq, atau orang-orang yang diberi keizinan untuk tidak berperang kerana uzur seperti tempang, buta, sakit, dan tidak mempunyai kenderaan untuk sampai ke sana. Orang-orang ini yang tidak berperang tidak dikira berjihad, tapi dikira sebagai duduk-duduk sekalipun mereka tidak berperang kerana menjaga anak isteri atau kerana berniaga atau kerana melawan nafsu. Orang beriman seperti yang terjadi pada zaman Rasulullah, mereka juga mempunyai anak isteri, mempunyai kerjaya (pekerjaan), mereka juga beramal ibadah, mereka juga mengawal nafsu, tapi mereka tidak memandang kecil perintah perang dari Allah seperti kita! Kita memandang kecil perintah perang dari Allah! Kita meremeh-remehkan sunnah perang Rasulullah! Kita mengabaikan ayat-ayat perang dalam Kitabullah dan sunnah Rasulullah! Subhanallah.. tidak malukah kita mengaku hamba Allah? Tidak malukah kita mengaku pengikut Rasulullah?

Lihat kisah sahabat Nabi, Hanzdalah yang baru menikah, tapi perang itu lebih beliau cintai dari isteri yang cantik jelita. Sanggup beliau tinggalkan isterinya untuk berperang bersama Rasulullah sehingga akhirnya terbunuh syahid. Cinta kepada Nabi, mempunyai hubung kait dengan cinta kepada jihad seperti yang disebutkan dalam Quran surah at taubah, ayat 24. Kerana jihad itu bukti cinta kepada ajaran Nabi, andai mengaku cinta Nabi tapi tidak sanggup mati untuk mentaati ajaran Nabi (menyahut seruan perang) maka tersingkaplah tanda-tanda kemunafiqan dalam hatinya.

Lihat pula kisah sahabat Nabi yang beramal sholeh, tapi dia tidak mengikut Rasulullah berperang, dia merasa malas dan berat untuk berperang, dia melambat-lambatkan persiapan untuk menuju perang, akhirnya dia tertinggal tidak berperang, maka dia dikira sebagai qo’idin sekalipun dia tetap beramal sholeh sewaktu tidak berperang atau sekalipun dia berjihad nafsu, berjihad ekonomi dan melakukan apa-apa perbuatan pun selain perang tetap dia dikira qo’idin(tidak berjihad, tidak berperang).

Kemudian, turunlah ayat-ayat Quran yang membongkar isi hati orang-orang yang tidak berperang, bahawa mereka itu sebenarnya munafiq. Sahabat Nabi ini kemudiannya diperintahkan agar dipulau secara bertempoh. Maka dia benar-benar insaf dan bertaubat dari perbuatan meninggalkan perang itu. Dia kemudian menyertai perang bersama Rasulullah. Allah Maha Penerima Taubat.

Wahai saudaraku, dalam Quran itu terdapat banyak kisah-kisah orang yang tidak berperang, mereka itu munafiq belaka sekalipun banyak jenis alasan yang mereka berikan untuk tidak berperang, kerana orang beriman tidak akan ragu-ragu untuk mentaati perintah Allah sebagai tanda pengabdian dirinya kepada Allah. Tapi ada juga orang beriman yang tidak mampu berperang dan mereka tidak munafiq, iaitu orang yang menjumpai Rasulullah dan menyatakan bahawa tidak mempunyai kenderaan untuk menuju ke lokasi perang seraya meminta Rasulullah memberi kenderaan kepada mereka untuk menuju ke lokasi perang, tapi Rasulullah sendiri tidak mampu menyediakan untuk mereka, lantas bercucuranlah air mata mereka kerana tidak dapat berperang fi sabilillah.

Hal ini berbeza dengan orang munafiq yang lebih suka tidak berperang, merasa lega andai tidak berperang, membenci untuk pergi berperang, membenci untuk meninfaqkan wang kepada orang yang berperang, dan melarang manusia dari berperang, serta memberi seribu satu alasan untuk tidak berperang fi sabilillah. Semuanya telah dibongkarkan oleh Allah dalam Quran.

Saudaraku, paling kurangpun, untuk menyelamatkan iman kita dari kemunafiqan, ialah berniatlah untuk berperang, akui kewajipan perang, dan akui bahawa sekarang dirimu tidak berperang kerana kamu masih abai, bukan kerana perang itu tidak wajib. Andai perang itu dikatakan tidak wajib, sama saja dengan mengatakan sholat itu tidak wajib, hukumnya murtad.

Kesimpulannya, orang yang berperang fisabilillah maka mereka itulah mujahidin, orang yang selain mereka bukan mujahidin dan bukan berjihad. Mereka itu semuanya qo’idin. Orang yang duduk-duduk tidak berjihad, tidak berperang. Orang yang tidak berperang berdosa dengan Allah kerana tidak mentaati perintahNya. Tidak mempamerkan pengabdian diri kepada Allah. Lebih mencintai diri dari mencintai Allah, Rasul dan Berjihad untuk membela ajaran Rasulullah. Allah berfirman “Andai kamu tidak berangkat berperang nescaya Dia akan mengazabmu dengan azab siksa yang pedih”.. Wallahua’lam.. Semoga kita menyediakan persiapan untuk berperang “Seandainya mereka itu ingin berperang, mestilah mereka menyediakan persiapan untuk berperang” Semoga kita sedar dengan jelas bahawa meninggalkan perang itu hukumnya haram kerana berperang hukumnya wajib, dan tidak termasuk dalam golongan yang disesatkan yang menyangka bahawa tidak berperang itu halal dalam Islam. Jazakallahu khairal jaza.

No comments:

Post a Comment