Nasyid

Monday, December 19, 2011

Kepentingan Kekuatan Ruhani untuk Pejuang

Dalam meredahi asam garam perjuangan, ada pahit manisnya, ada luka-lukanya, ada sakitnya.. ada seribu satu perkara yang membuatkan pejuang itu merana, menderita dan tertekan, sehingga membuatkan dia lemah untuk meneruskan perjuangannya agar tercapai salah satu dari dua kejayaan, menang atau mati syahid.

Kekuatan ruhani itulah yang bertindak umpama bius yang mengkebalkan semangat dan perteguhkan semangatnya sehingga biar ribuan panah tertusuk di tubuhnya namun dia terus memacu langkah ke depan tanpa sedikitpun lemah dengan musibah-musibah yang menimpanya di jalan Allah.

Kita telah menjumpai ramai orang yang semangatnya hangat-hangat tahi ayam, hanya bersemangat ketika tidak melihat bahaya, tapi bila sudah melihat bahaya, tiba-tiba semangat pun hilang dan dikuasai rasa kecut. Perjuangannya terhenti lantaran takut mati. Inilah akibat lemahnya kekuatan dalaman.

Ataupun dia asalnya semangat, tapi bila dia melihat dengan perjuangannya ini dia akan disakiti dan akan rugi di dunia, maka dia pun meninggalkan perjuangan ini sedangkan dia sudah baca dalil-dalil Quran mengenai wajibnya jihad ini, dan sudah baca puluhan kitab-kitab jihad dan sudah bersiap-siap untuk berjihad. Mengapa semangatnya tidak teguh? Kerana lemahnya ruhaninya dan salah satu faktor yang melemahkan ruhani ialah kerana melakukan dosa.

Untuk mencapai kejayaan, seorang pejuang itu mesti teguh semangatnya, teguh pendiriannya agar tercapai menang atau syahid. Andai lemah semangatnya maka dia pun tidak bertahan lama di tempat yang bahaya ini, kakinya tiba-tiba melarikan diri ke belakanag atau terhenti dan tidak meneruskan langkah ke depan.

Kita rujuk kisah perang Badar, bagaimana Rasulullah dan para sahabat menang dalam perang walhal jumlah mereka kecil. Seluruh dunia kafir melainkan 300 orang ini sahaja. Tapi mereka tetap berperang meskipun hanya berjumlah 300 orang dan kuffar pula jumlahnya ialah seluruh dunia. Dalam perang itu, mereka menang, sedangkan perut mereka kosong lantaran puasa. Mengapa menang? Salah satu faktornya ialah kerana kuatnya ruhani mereka. Dalam bulan puasa ialah bulan yang umat Islam paling kuat beramal ibadah, di siang hari mereka berpuasa , membaca Quran, di waktu malam mereka solat sunat. Di waktu ini, tiada masa untuk melakukan dosa. Bila kuatnya ibadah itu maka semakin kuatlah ruhani mereka. Bila kuatnya ruhani/dalaman mereka maka lautan api pun sedia diredahi. Kekuatan ruhani itu pula tidak menjadi lemah kerana dosa tidak dilakukan.

Kita rujuk pula kisah Saidina Umar dalam memimpin perang, beliau tidak gerun terhadap jumlah musuh, tidak gerun terhadap kekuatan musuh, tapi beliau risaukan tentang dosa-dosa tenteranya. Kerana dosa itulah yang akan melemahkan ruhani tentera, lemahnya ruhani akan melemahkan semangat dan pendirian tentera di medan perang. Dengan ini, menang atau mati syahid tidak dapat dicapai. Oleh itu, beliau selalu berpesan kepada tenteranya agar bertaqwa kepada Allah.

Begitu juga dengan Solahuddin Al Ayyubi dan Muhammad Al Fateh, mereka mengkikut jejak langkah Saidina Umar, menjaga ketaqwaan tenteranya, memperbaiki agama yang diamalkan oleh masyarakatnya, sebelum ini masyarakat Muhammad Al Fateh masih mengamalkan riba, maka beliau memerintahkan agar segala kesalahan-kesalahan dalam beragama itu diperbetulkan, dan dalam tentera pula beliau memilih yang terbaik sahaja yakni yang paling kuat amalan sahaja untuk berperang. Solahuddin Ayubi memilih tentera yang melakukan qiyamullail sahaja untuk berperang.

Semua kisah-kisah ini menunjukkan pentingnya kekuatan dalaman bagi seorang pejuang Islam, kerana andai masih bergelumang dengan dosa dan amalan tidak dijaga, maka dikhuatiri ruh dalamannya tidak kental dan semangatnya tidak kukuh seterusnya akan tidak bertahan lama di medan perang, yakni tidak berjaya mencapai menang atau mati syahid.

Oleh itu, solat sunat, Quran, puasa, dan zikir perlulah sebati dengan hati seorang pejuang itu. Kebanyakan mujahid yang kita lihat dalam video-video jihad, apabila mereka bercakap, suara mereka tidak sunyi dari membacakan ayat-ayat suci Quran Al Karim dan hadis-hadis Nabi Asy Syarif,mereka telah sebati dengan Quran dan hadis Nabi. Kerana itu tidak hairanlah mengapa mereka mampu melakukan perbuatan seperti sahabat-sahabat Rasulullah yang sanggup meninggalkan Mekkah, tempat kelahiran mereka, untuk berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah, seterusnya mereka berjihad di Madinah bersama Rasulullah sehingga kebanyakan mereka mati syahid dan ditanam di tanah perkuburan Baqi’ di Madinah. Para mujahid, mereka meninggalkan negeri mereka yang aman untuk berhijrah ke negeri jihad, mereka berjihad di sana bersama mujahidin sehingga mati syahid. Sedangkan mereka juga manusia biasa seperti kita, mereka juga asalnya mempunyai kehidupan seperti kita, mempunyai anak isteri, mempunyai ibubapa, mempunyai kerjaya, sedang berlajar.. Tapi itu tidak menghalang mereka berjihad, tidak seperti kita yang mencari-cari alasan untuk tidak mahu berjihad fisabilillah.

Kita asyik mendakwa diri sedang berjihad sedangkan jiwa kita dikuasai penyakit takut mati, cinta dunia dan tidak mengikut sunnah jihad Rasulullah. Kita mengatakan tiada bezanya antara orang yang berjihad dan orang yang duduk, kerana orang yang duduk itu sedang berjihad nafsu. Beginikah yang diaajar oleh Rasulullah??? Tidak. Rasulullah ketika berperang, maka tiada siapa yang tidak ikut Rasulullah berperang melainkan orang-orang munafiq. Jihad pada zaman Rasulullah hukumnya fardhu kifayah, tapi tiada yang tak berperang melainkan orang munafiq. Orang beriman yang tak ikut berperang hanyalah orang yang tidak diwajibkan berperang atau orang yang diberi izin untuk tidak berperang kerana tidak mempunyai kenderaan. Sifat orang beriman apabila tidak dapat berperang ialah mereka menangis, sedih. Bukanlah gembira dan berasa lega kerana itu sifat orang munafiq.

Bagi menyimpulkan isi utama yang ingin disampaikan, marilah kita mendekatkan diri kita dengan al Quran, dan hadis-hadis Nabi, serta melazimi diri kita dengan menjaga amalan agar sentiasa istiqamah, serta manjauhi dosa. Wallahua’lam.. Semoga kita diberkati Allah dan dibantuNya serta diperteguhkan semangat juang agar tercapai menang atau syahid..

No comments:

Post a Comment