Nasyid

Thursday, December 1, 2011

Biografi Ulama Yang Menghidupkan Kefardhuan Jihad


Asy-Syahid Syeikh Abdullah Azzam


ALLAH Subhanahu wa taala berfirman :

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah , maka ada antara mereka yang gugur. Dan di antara mereka ada yang
menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.
" Al-Ahzab ayat 23


Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan di sebuah kampung di Utara Palestin bernama Selat Al Harithia di Daerah Jenin pada tahun 1941. Bapanya bernama Mustafa Azzam yang meninggal setahun selepas anaknya dibunuh. Ibunya bernama Zakia Saleh yang meninggal setahun sebelum Syeikh ini dibunuh dan dikuburkan di Kem Pabi. Keluarga Azzam ialah keluarga yang terkenal, salah satu ahlinya ialah Syeikh Abdullah Azzam, menunjukkan kepintaran semenjak kecil, telah mula melakukan dakwah dalam usia muda. Beliau menunjukkan tanda-tanda keunggulandan dikenali guru-gurunya semasa di sekolah rendah. Kawan-kawannya mengenali beliau sebagai anak yang soleh.

Semenjak kecil, beliau terkenal dengan keazaman dankeperibadiannya yang serius. Sebelum usia sepatutnya beliau menyertai IkhwanulMuslimin.
Syeikh Abdullah Azzam menerima pendidikan awal dan menengah di kampungnya, dan melanjutkan pelajaran di Kolej Pertanian Khadrri di mana beliau memperoleh Diploma. Walaupun beliau yang termuda diantara rakan-rakannya, namun beliau adalah yang tercerdik dan tajam akalnya. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Khadrri, beliau bekerja sebagai guru di sebuah kampung bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau memasuki Kolej Shariah di Universiti Damaskus dimana beliau memperoleh Ijazah B.A. dalam Syariah pada 1966.

Selepas Yahudi menjajah Tebing Barat pada 1967, Syeikh Abdullah Azzam memutuskan untuk berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak dapat tinggal di bawah pendudukan Yahudi di Palestin. Pencerobohan kereta-kereta kebal Israel yang meratakan Tebing Barat tanpa sebarang tentangan menjadikan beliau lebih cenderung untuk berhijrah bagi mempelajari kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berperang. Pada lewat 1960, beliau menyertai Jihad menentang pendudukan Israel ke atas Palestin dari Jordan. Sewaktu itu, beliau memperoleh Ijazah Masters dalam Syariah daripada Universiti Al Azhar. Pada 1970 dan selepas jihad terhenti, semasa PLO diusir keluar dari Jordan, beliau menyambung kerjaya mengajar di Universiti Jordan di Amman.

Pada 1971, beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti Al Azhar
di Kaherah di mana memperoleh Ph.D dalam Usul al Fiqh pada 1973. Semasa menetap di Mesir beliau mula mengenali keluarga Sayid Qutb. Pada 1979, ketika beliau dibuang daripada universiti, beliau berpindah ke Pakistan untuk berada hampir dengan Jihad Afghan. Di sana beliau dipengaruhi oleh pimpinan jihad Afghanistan. Semasa di peringkat awal beliau menetap di Pakistan, beliau menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad. Akhirnya, beliau merasakan perlu melepaskan jawatan sebagai pensyarah agar dapat terlibat sepenuh masa dan tenaga dalam Jihad Afghanistan. Abdullah Azzam kuat dipengaruhi oleh Jihad di Afghanistan dan Jihad banyak dipengaruhi beliau.

Padanya beliau menumpukan segala usaha, dan menjadi
tokoh terkemuka dalam Jihad Afghanistan disamping pemimpin-pemimpin Afghan. Beliau menghabiskan seluruh usahanya untuk menghebahkan Afghan kepada seluruh dunia, terutamanya kepada seluruh Ummat Islam. Beliau mengubah minda umat Islam berkenaan jihad di Afghanistan dan menyampaikan Jihad kerana Islam yang melibatkan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Kerana usahanya, Jihad Afghan menjadi universal, yang mana umat Islam dari seluruh pelosok dunia datang untukberjuang. Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam sebagai tokoh utama pergerakan jihad zaman moden. Dengan menyertai jihad, menghebahkannya dan menghilangkan salah tanggap yang wujud pada jalannya, beliau menjadi contoh ikutan bagi generasi akan datang yang menyahut seruan jihad.

Suatu ketika beliau pernah berkata, “Saya merasakan umur saya sembilan tahun, tujuh setengah tahun di Jihad Afghan, satu setengah tahun di Jihad Palestin dan tahun lainnya tiada nilai.” Pada Jumaat 24 November 1989 di Peshawar, Pakistan beliau dibunuh bersama dua anaknya Mohammed dan Ibrahim, dengan TNT seberat 20kg yang dipasang dengan kawalan jauh semasa beliau memandu untuk ke Solat Jumaat. Keretanya meletup berkecai di tengah-tengah jalan yang sibuk. Cebisan tubuh anaknya dijumpai sejauh seratus meter. Sebelah kaki anaknya pula tergantung di kabel telefon yang berjuntai. Walaubagaimanapun, Maha Suci Allah, tubuh Syeikh dijumpai dalam keadaan normal, kecuali kecederaan dalaman, yang menyebabkankematiannya.

Ramai saksi menghidu bau kasturi terbit dari jasad beliau. Anaknya pernah meminta menjadi Syahid bersama ayahnya. Syeikh Abdullah Azzam dikebumikan di perkuburan Syuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan syuhada lainnya.


“...Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, maka Allah tidak akan sia-siakan amal mereka"
Surah Muhammad;4

No comments:

Post a Comment