Nasyid

Tuesday, December 27, 2011

Apa Yang Kita Risaukan?


Apa Yang Kita Risaukan?

Apa yang kita risaukan? Tiada apa yang menjadi kerisauan di hati kita, yang ada ialah rasa semangat untuk menuju syurga. Apa yang bermain di minda ialah memerangi musuh-musuh Allah sehingga mati syahid. Seterusnya masuk syurga tanpa hisab dan tanpa sebarang azab siksa. Mendapat kehidupan yang lebih baik berbanding dunia, mendapat rezqi-rezqi Tuhan yang Esa, mendapat bidadari-bidadari jelita, dan apa sahaja.

Yang risaukan kita ialah mengapa kita masih tidak menuju syurga.. Yang membuatkan kita berduka ialah mengapa masih tidak dapat keluar dari ikatan dunia.. Yang membuatkan kita bingung mengapa kita masih melengah-lengahkan syurga.. Seolah-olah kita memperkecilkan ganjaran besar dari Allah!

Sahabat-sahabat Rasulullah tidak cakap banyak dalam soal ini, mereka terus menuju syurga, memerangi musuh-musuh Allah sehingga terluka dan terkorban. Hati mereka bahagia dengan ganjaran yang dijanjikan Tuhan. Namun, kita pula apabila diajak berperang fisabilillah, kita asyik mengajar manusia memikirkan tentang betapa bahayanya jihad, kita mengajak manusia memikirkan risiko jihad, dan melemahkan semangat jihad manusia. Maka terpadamlah api jihad dari jiwa pemuda-pemuda Islam. Menjadilah mereka sebagai generasi berjiwa pengecut dan me’negatif’kan jihad serta menyelewengkan jihad ke arah lain selain Perang fisabilillah.

Tiada apa yang nak dirisaukan, nyawa tidak dirisaukan, harta tidak dirisaukan, kerana gantiannya syurga yang agung. “Aku akan memerangi kalian dengan tentera yang cinta mati seperti kalian cinta hidup” bagaimana motivasi musuh Allah apabila berdepan dengan tentera yang ganjil ini? Sudah pasti mereka tidak tahan, kucar kacir semangat mereka. Maka, mereka mencipta robot-robot perang untuk membasmi tentera Allah, agar semangat mereka masih terjaga. Mencipta kapal terbang tanpa pemandu yang dapat mengebom suspek yang dikehendaki.

Andai kita sudah dikuasai semangat Handzalah, semangat mencari syurga, maka hilang segala derita. Ujian pahit berduri dianggap kecil, sikitpun tidak mematahkan azam. Sehingga tercapai menang atau syurga! Wallahua’lam, semoga kita dikukuhkan semangat dan pendirian untuk berjihad fisabilillah.

No comments:

Post a Comment