Nasyid

Monday, October 31, 2011

Pembukaan Blog



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam..
Selawat dan salam keatas junjungan besar, ketua mujahidin sepanjang zaman Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam..
seterusnya para sahabat, tabi' tabi'in dan para mujahid yang masih kekal menyunsung senjata sehingga ke zaman ini..




Pada era globalisasi kini, kita tenggelam dalam arus teknologi dan hiburan sehingga telinga kita menjadi sangat pekak dari mendengar panggilan jihad. Mata kita menjadi buta dari melihat saudara-saudara kita yang sedang mati-matian berjihad. Mulut kita sunyi dari membicarakan tentang jihad, melainkan perbincangan untuk meninggalkan jihad. Hati kita juga lesu dari rasa cinta kepada jihad. Jiwa kita sudah jauh dari perasaan ingin meraih mati syahid.. Jihad fi sabilillah kini ditinggalkan oleh segenap umat Islam termasuklah diri saya sendiri..


Persoalannya, mengapakah wajarnya berlaku sedemikian sedangkan kita diberikan Al-Quran dan hadis, jadi mengapa kita tidak fahami dan amalkan perintahnya yg jelas? Kita juga ditinggalkan kisah2 perjuangan Rasulullah untuk kita ambil iktibar darinya, mengapa tidak kita contohi jejak langkah baginda dan sambung perjuangan baginda ketika ketiadaan baginda?




Saya tidak tertahan untuk menulis mengenai jihad kerana terbaca firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu apabila dikatakan kepadamu:’Berperanglah kamu pada jalan Allah’, lalu kamu lambat (merasa berat, duduk) di tanah? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan di dunia ini daripada akhirat? Maka tiadalah kenikmatan hidup di dunia, dibandingkan dengan kenikmatan hidup di akhirat, melainkan sedikit sekali. Jika kamu tidak mahu berperang, nescaya Allah menyeksamu dengan azab yang pedih dan dia menukar kamu dengan kaum yang lain, sedang kamu tidak mudarat kepada Allah sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.” At-Taubah:38-39


Saya berharap pembaca dapat membaca dan memahami mesej yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment